fbpx

Dewan Rakyat maklumkan kekosongan kerusi Parlimen Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Gerik, Perak susulan kematian penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia pada Isnin lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa SPR perlu mengisi kekosongan luar jangka kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 18 November 2020 kepada Pengerusi SPR Malaysia bahawa Datuk Hasbullah Osman telah meninggal dunia pada 16 November lalu.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR Malaysia hendaklah mengisi kekosongan Kerusi Parlimen Kawasan P.054 Gerik, Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Hasbullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Gerik meninggal dunia di Raub, Pahang kerana sakit jantung.

Allahyarham yang dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 11 Mei lalu, menyandang kerusi Parlimen Gerik sejak 2004, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor selama dua penggal antara 2004 hingga 2013. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI