fbpx

Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mokhtar Hashim

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Allahyarham, Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal pagi hari ini.

Isterinya, Datin Bahariah Yusuf mengesahkan perkara tersebut.

“Bagi pihak keluarga, ingin saya maklumkam kepulangan suami tercinta, Datuk Mokhtar Hashim ke Rahmatullah pada pukul 3.10 pagi, Rabu 18 November 2020.Urusan solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan seterusnya.

“Mohon bersama-sama kita mendoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Tampin itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.10 pagi di Hospital di Ampang, Kuala Lumpur.

Pada 6 Mac 1983, Allahyarham dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 14 April 1982.

Bagaimanapun, hukuman tersebut diubah kepada penjara seumur hidup dan dibebas pada 10 Julai 1991 selepas mendapat pengampunan diraja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI