fbpx

Dahulukan keperluan daripada kemahuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
WARTAWAN EKSEKUTIF, MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

VARIASI model telefon pintar Apple termasuk iPhone 12, i­Phone 12 Pro, iPhone Pro Max dan iPhone 12 Mini secara rasmi dijual di negara ini pada 13 November lalu.

Model itu dilancarkan di Amerika Syarikat pada 23 Oktober lalu dan hanya masuk secara rasmi melalui rangkaian telekomunikasi ke negara ini selepas tiga minggu pelancaran rasmi­nya.

Ketika pelancarannya yang ditayangkan secara langsung melalui YouTube baru-baru ini, saya sendiri tidak sabar untuk menantikan spesifikasi, rekaan dan kualiti kamera yang ditawarkan oleh syarikat diasaskan oleh Steve Jobs itu.

Teknologi dalam model i­Phone 11 terutamanya iPhone 11 Pro Max yang dilancarkan pada tahun lalu sudah terkehadapan berbanding jenama-jenama lain. Tidak cukup dengan itu, saya menjangkakan spesifikasi model tahun lalu itu juga masih boleh digunakan dalam tempoh empat hingga lima tahun lagi.

Belum pun reda dengan pelancaran telefon pintar itu, kecoh di media sosial apabila konsol permainan video PlayStation 5 (PS5) yang begitu laris.

Rata-rata premis atau perniagaan konsol itu tidak menang tangan menerima permintaan pelanggan sehingga kehabisan stok dalam tempoh sehari dilancarkan di negara ini.

Saya melihat, ramai terutamanya netizen cemburu de­ngan keadaan itu sengaja menjadikan pembelian iPhone 12 dan PS5 itu sebagai isu ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang mempertikaikan tahap kewangan mereka. Ada yang me­ngatakan bahawa mereka tidak cakna dengan keadaan ekonomi semasa apabila terdapat ramai golongan susah yang wajar dibantu sekarang ini.

Sebagai golongan pekerja dan bertugas dalam suasana pandemik ini, masyarakat perlu tahu membezakan antara keperluan dan kemahuan. Bagaimanapun, jika seseorang itu mampu membeli dua peralatan teknologi itu, biarkanlah.

Yang Dipertua Persatuan Pengguna Islam Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, rakyat negara ini bukan hanya berpandukan peribahasa hanya tepuk dada tanya selera tetapi perlu relevan dengan kea­daan semasa.

Katanya, masyarakat harus bijak dalam membuat perkiraan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Elakkan terpengaruh dengan iklan cenderung ke arah pembaziran. Rakyat masih berbelanja barangan ke­perluan asas, namun kuantitinya berbeza.

“Keadaan itu dapat dilihat melalui faktor kewangan kerana sejak akhir-akhir ini ramai orang hilang kerja. Masyarakat masih ber­belanja cuma mengeluarkan wang mengikut kemampuan,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu bijak kerana perbelanjaan kita berupaya membantu kitaran sistem kewangan negara.

Mengulas lanjut, menurut Mohd. Fared, meskipun ramai yang masih mampu membeli barangan kemahuan mereka, beliau berharap agar masyarakat tetap membuat simpanan.

Katanya, simpanan bukan sahaja membantu diri sendiri malah ia mampu melonjak ekonomi negara dengan kitaran kewangan dalam sistem per­bankan.

“Perlu berhemah dalam ber­belanja terutamanya dalam aspek pembelian keperluan. Kira-kira 75 hingga 80 peratus rak­yat Malaysia menghadapi masalah kewangan ketika ini.

“Oleh itu, pentingkan pembe­lian perkara asas untuk kehidupan kerana ia sentiasa ada dalam pasaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI