fbpx

Bekas Ketua Perkhidmatan Pelanggan syarikat telekomunikasi pula direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang individu bekas ketua perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket kes penipuan SMS di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seorang bekas Ketua Perkhidmatan Pelanggan syarikat telekomunikasi direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan SMS.

Perintah reman sehingga 22 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Roslizawati Mohd Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini menjadikan jumlah penahanan reman berkaitan kes sindiket penipuan SMS adalah seramai 17 orang.

Menurut sumber, suspek perempuan berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 11 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Sementara itu, pada hari sama, seramai tiga individu termasuk dua pengarah syarikat dan seorang pegawai syarikat telekomunikasi dibebaskan dengan jaminan.

Difahamkan, mereka yang terlibat dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.

Nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan penyedia kandungan menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI