fbpx

Arsenal miliki masa depan cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mengakui bahawa beliau perlu menyelesaikan beberapa perkara untuk memastikan perjalanan kelab itu lancar dan mampu memburu lebih banyak kejayaan. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta yakin pasukan itu mempunyai masa depan yang cerah, namun beliau perlu mencari jalan untuk memastikan pasukan itu meraih lebih banyak kemenangan.

Biarpun dipanggil untuk menggalas tanggungjawab besar di Emirates biarpun tanpa pe­ngalaman yang banyak dalam bidang pengurusan, Arteta berjaya membimbing pasukan itu menampilkan aksi dan pencapaian yang berbeza.

Kejayaan merangkul Piala FA dan Perisai Komuniti sebelum ini dianggap sangat istimewa oleh para peminat The Gunners yang tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap pencapaian yang mampu dicapai oleh Arteta.

Bagaimanapun, kekalahan 0-3 kepada Aston Villa menyebabkan Arteta mengakui bahawa ia bukanlah aksi pasukan yang diinginkannya.

“Ia adalah sebahagian daripada proses. Kami perlu segera memberi respon kepada kekalahan tersebut dengan mencari lebih banyak kemenangan dalam semua kejohanan selepas ini.

“Setakat ini kami sudah beraksi dalam 14 perlawanan dalam semua kejohanan. Kami menang 10 perlawanan dan tewas empat kali dan keempat-empat itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Saya fikir itu menyebabkan kami kurang seimbang.

“Masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kami melihat perlu ada perubahan bukan sahaja di padang tetapi struktur kelab itu sendiri yang memberikan kami kesukaran.

“Ia adalah tempoh tiga hingga empat bulan yang mencabar. Kami perlukan selesaikan dan semua orang perlu mengambil bahagian tetapi saya nampak bahawa masa depan kami akan cerah.

“Saya adalah seorang yang positif serta bersedia untuk belajar jika ada perkara yang tidak berjalan dengan baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI