fbpx

11 bubu naga dirampas di Pulau Gedong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Pulau Pinang merampas 11 bubu Naga di kawasan perairan Pulau Gedong dalam operasi Op Benteng Laut yang dijalankan selama tiga sehingga semalam.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) merampas 11 unit bubu naga di perairan Pulau Gedong semasa operasi Op Benteng Laut yang dilaksanakan selama tiga hari mulai Ahad lalu.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abdul Razak Mohamed berkata, rampasan dilakukan semasa pihaknya mengesan beberapa pelampung serta pancang bertanda yang mencurigakan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut telah menemui 11 unit bubu naga di lokasi perairan itu.

“Rampasan dilakukan mengikut seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan dan kesemua bubu Naga yang dijumpai itu dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban.

“Menjadi satu kesalahan apabila menangkap ikan dengan cara menggunakan atau mengendalikan peralatan menangkap ikan (bubu naga) tanpa lesen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Beliau memberitahu, pihaknya memandang serius aktiviti penggunaan peralatan bubu naga secara haram kerana akan menjejaskan sumber perikanan.

“Sifatnya (bubu naga) yang tidak selektif selain memerangkap anak ikan komersial boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap sumber laut dan nelayan pantai,” ujarnya.

Tambahnya,orang awam diminta menghubungi talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 sekiranya berlaku sebarang kejadian mencurigakan, kecemasan atau kemalangan di laut.

Bubu naga telah diharamkan penggunaannya oleh Jabatan Perikanan Malaysia mulai 1 November 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI