fbpx

Wan Azizah cadang potong gaji, elaun menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Elaun dan yuran Ahli Parlimen yang menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) wajar dipotong sebanyak 50 peratus.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, gaji Ahli Parlimen yang menjawat jawatan penting juga wajar dipotong sebanyak 10 peratus bagi menonjolkan kepemimpinan melalui teladan.

Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, penjimatan pembayaran gaji, elaun dan yuran itu boleh disalurkan terus kepada Tabung Covid-19.

“Negara memerlukan kepimpinan melalui teladan. Dalam hal ini saya cadangkan potongan sebanyak 10 peratus ke atas gaji Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri, dan Timbalan Menteri sehingga akhir tahun 2021,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Wan Azizah berkata, beliau percaya Ahli Parlimen pembangkang bersetuju untuk memotong 10 peratus elaun mereka bagi disalurkan ke Tabung Covid-19 dengan syarat Ahli Parlimen kerajaan bertindak serupa.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, Belanjawan 2021 mestilah inklusif dan peruntukan bagi setiap Pusat Khidmat Rakyat Parlimen perlu diberi sama rata antara blok kerajaan dan pembangkang.

Kata beliau, Belanjawan 2021 tidak boleh bersifat terhad atau sempit dan perlu komprehensif demi kebajikan rakyat, pemulihan ekonomi negara dan pembendungan efektif wabak Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI