fbpx

UiTM nafi terlibat program bicara ‘UiTM dan DAP’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster promo Facebook Live MADAH #DAPMUDA: UiTM DAN DAP? yang tular di media sosial.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan terbabit dalam program bicara “UiTM dan DAP” yang bakal bersiaran langsung menerusi laman sosial Facebook, esok.

UiTM dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, pihaknya memandang serius isu tersebut susulan penyebaran poster digital di media sosial seolah-olah membabitkan universiti tersebut dalam penganjuran program tersebut.

“Sehubungan itu, UiTM dengan tegas ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sama sekali tidak terlibat di dalam program tersebut.

“Selain itu, tiada sebarang permohonan mahu pun kelulusan diberikan terhadap program berkenaan,” katanya.

Difahamkan bicara tersebut dianjurkan oleh sayap Muda DAP Kampung Tungku.

Semalam sebuah portal berita melaporkan Gabungan Persatuan Alumni UiTM kesal penggunaan nama universiti tersebut dalam penganjuran Facebook Live Madah #DAPMUDA: UiTM dan DAP.

Menurut gabungan itu, program tersebut jelas sekali mempunyai agenda yang tersirat serta tidak mencerminkan aspirasi serta suara majoriti Alumni UiTM.

Berdasarkan poster program tersebut, acara itu akan diadakan esok dan disertai oleh empat bekas graduan UiTM dan kini memegang jawatan dalam DAP.

Mereka ialah Setiausaha DAPSY, Farhan Haziq, Ahli Jawatankuasa DAP Kampung Tunku-SS1,Nur Rahim Nasir dan Aslam Ramli dan Setiausaha Publisiti DAP Kampung Tunku , Ahmad Afiq.

Sehubungan itu, gabungan tersebut mempertahankan dan menyelar sebarang usaha untuk mengheret UiTM dalam agenda pihak-pihak tertentu.

“Semua pihak perlu sedar UiTM sebagai institusi pengajian tinggi Bumiputera yang ditubuhkan bertujuan menyediakan peluang pendidikan tinggi dan profesional para Bumiputera.

“Kepada Alumni terbabit, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nama dan imej UiTM,”katanya dalam kenyataan tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI