fbpx

Talian Kasih terima 159,703 panggilan sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pusat panggilan Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima sebanyak 159,703 panggilan dari Januari hingga 14 November lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, sebanyak 97,576 panggilan itu diterima melalui Talian Kasih 15999.

“Manakala bermula Februari hingga 14 November 2020 sebanyak 62,127 panggilan diteirma melalui aplikasi WhatsApp Talian Kasih,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) mengenai bilangan panggilan telefon kepada Talian Kasih 15999 dari bulan Januari 2020 sehingga kini.

Siti Zailah berkata, sebanyak 1,847 panggilan terbabit berkaitan isu kanak-kanak, keganasan rumah tangga (2,287) dan gelandangan (467).

Menurut beliau, sebanyak 70,177 berkaitan permohonan bantuan kebajikan, kaunseling (4,119), orang kurang upaya (661) dan warga emas (359).

Kata beliau, semua maklumat atau aduan diterima disalurkan kepada agensi berkaitan termasuk pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI