SELALUNYA ada sahaja cerita tidak enak melingkari nama artis K-pop baik ketika sebelum atau semasa memulakan debut dalam industri.
Cuma sebaliknya berlaku buat penyanyi Winter daripada kumpulan Aespa yang melakukan debut dalam industri secara rasmi pada 17 November (hari ini).
Beberapa individu yang mendakwa sebagai rakan sekolahnya mendedahkan bahawa Winter mempunyai personaliti yang sangat baik selain suka membantu orang lain.
“Dia banyak menolong dan pernah memberikan hadiah ketika hari lahir saya. Saya tidak pernah mendengar atau melihat dia mencarut. Dia seorang yang sangat baik,” ujar individu berkenaan.
Seorang lagi rakannya berkata, Winter mempunyai kejelitaan semula jadi walaupun tanpa memakai sebarang solekan. Dia juga memiliki sepasang mata yang cantik.
Biarpun memiliki personaliti pemalu, namun ada yang berkata, Winter atau nama sebenarnya Kim Min-jeong gemar berceloteh jika berbual dengan rakan-rakan rapat.
Aespa yang dianggotai lapan wanita cantik memulakan debut secara rasmi hari ini dalam industri tampil dengan single perdana berjudul Black Mamba.