fbpx

SPRM kesan dua lelaki bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM berkata, lelaki pertama, Yuen Hon Loong, 49, mempunyai dua alamat terakhir di No. 27, Jalan Kota 12, Taman Kota, Yong Peng, Johor dan No. 13A, Jalan PJS 1/32, Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor.

Katanya, lelaki kedua, Teo Hun Siang, 36, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di 3-2 Residensi Sultan Ismail, No. 12, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan No. 803, Pekan Baru Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan serta 77-19-3A Sri Emas Condominium, Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi SPRM.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042 195 atau 03-8870 0512 atau e-mel ke alamat [email protected],” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI