fbpx

Situasi Alex Telles resahkan kem Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TELLES (kiri)perlu menjalani proses calitan untuk memastikannya benar-benar bebas daripada Covid-19. – AFP

MONTEVIDEO – Pemain pertahanan Brazil, Alex Telles belum pasti diturunkan pada aksi kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay di Stadium Centenario pagi esok kerana dikhuatiri positif Covid-19.

Bagaimanapun, Telles mungkin menjalani ujian calitan sebelum diputuskan sama ada dia akan menyertai pasukan bagi menghadapi perlawanan menentang Uruguay.

Justeru, pemain berusia 27 tahun itu juga dijangka tidak boleh beraksi bersama kelab­nya, Manchester United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

“Pemain itu (Telles) dijangkiti virus tersebut ketika bersama kelabnya, Manchester United. Bagaimanapun, ia tidak berada pada tahap serius.

“Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) sudah memanggil Guilherme Arana sebagai persediaan untuk menggantikan Telles,” kata wakil CBF.

Sekiranya Telles terpaksa menjalani kuarantin, ia mengundang resah buat United memandangkan Luke Shaw juga mengalami kecederaan.

Keadaan itu meletakkan United dalam situasi sukar memandangkan mereka hanya memiliki pemain muda, Brandon Williams untuk mengisi kekosongan pada posisi bek kiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI