fbpx

Sembilan pegawai imigresen antara 13 individu direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
13 individu termasuk sembilan pegawai imigresen direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuam cop pasport warga asing. Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seramai 13 individu termasuk sembilan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan terlibat dalam pemalsuan cap di sempadan negara.

Turut ditahan, empat suspek yang bertindak selaku ejen dalam membantu aktiviti jenayah dengan mendapatkan khidmat cap berkenaan bagi warga asing.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Mohammad Salehuddin Abd. Sani menetapkan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 23 November kepada semua tertuduh.

Difahamkan, anggota JIM terlibat menerima bayaran antara RM100 hingga RM500 bagi setiap pasport warga asing yang diuruskan mereka sejak 2017.

Kesemua tertuduh disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Empat tertuduh yang merupakan ejen diwakili peguam, Noordin Hussein, Baharudin Baharim dan Amarpreet Singh manakala sembilan anggota JIM diwakili peguam, S. Bharathi.

Terdahulu, kesemua tertuduh yang berusia antara 35 hingga 45 tahun dibawa ke mahkamah menaiki sebuah bas pada pukul 9.15 pagi.

Menurut sumber, 13 tertuduh terbabit merupakan antara 43 individu yang ditahan SPRM di Johor dan Selangor, semalam.

Tangkapan berkenaan dibuat di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar di sini manakala 30 suspek lain ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kegiatan dilakukan suspek dipercayai melibatkan pasport warga asing yang dicap di sempadan negara walaupun pemilik dokumen tidak keluar dari negara secara fizikal.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI