fbpx

Petronas SRT dinobat satelit terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN (tengah) bersama Quartarao (atas motosikal di kiri) dan Morbidelli (atas motosikal di kanan) serta seluruh kru meraikan kejayaan pasukan Petronas SRT muncul sebagai satelit terbaik di Valencia semalam.

PASUKAN Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) berjaya dinobatkan selaku pasukan bebas terbaik dua tahun berturut-turut selepas tampil dengan aksi cemerlang sepanjang tahun ini.

Prinsipal pasukan, Datuk Raz­lan Razali berbangga dengan pencapaian mereka musim 2020 menerusi kedua-dua pelumba­nya, Fabio Quartarao dan Franco Morbidelli selepas masing-ma­sing meraih tiga kemenangan.

“Sangat gembira melihat Morbidelli meraih kemenangan ketiga musim ini terutama dalam perlumbaan di mana dia tampil dengan cemerlang hingga pu­singan terakhir pada Grand Prix (GP) Valencia.

“Quartararo pula gagal menamatkan perlumbaan, mudah-mudahan dia dapat menamatkan saingan tahun ini dengan keputusan baik dalam perlumbaan ­akhir minggu depan di Portugal.

“Sebagai satu pasukan, kami sangat gembira dapat meraikan gelaran kedua sebagai pasukan satelit terbaik. Tahniah kepada semua yang terlibat terutama kru, penaja dan peminat.

“Bagi saya tahun ini merupakan perlumbaan yang sengit dan kami berusaha untuk teruskan sehingga ke perlumbaan terakhir, tapi sayangnya kami tidak dapat melakukannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Meskipun masih ada satu lagi pusingan perlumbaan, SRT sudah sah dinobatkan sebagai pa­sukan satelit terbaik selepas mengumpul 230 mata berban­ding Pramac Racing di kedudukan kedua dengan 163 mata. Pa­sukan LCR Honda di tempat ketiga de­ngan 134 mata.

Razlan turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Suzuki selepas Joan Mir meraih gelaran dunia pertama di Valencia semalam.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Suzuki dan Mir ke­rana berjaya merangkul kejuaraan dunia MotoGP. Mereka telah melakukan pekerjaan yang hebat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI