fbpx

Perak berusaha untuk kekalkan pemain utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHREL (kanan) yang menjaringkan 10 gol buat Perak pada saingan Liga M musim lalu dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor bagi musim depan.

Oleh AZIZAN HASHIM

PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) menyerahkan kepada pemain-pemainnya untuk mem­buat keputusan mengenai kedudukan mereka bersama skuad utama The Bos Gaurus bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

Timbalan Presiden PAFA, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata, pihaknya tidak akan memaksa mana-mana pemain yang bakal tamat kontrak untuk kekal selepas beberapa laporan mendakwa bintang utama Perak bakal memilih haluan berbeza musim depan.

Antara pemain Perak yang dikatakan menjadi buruan pa­sukan lain ialah Shahrul Mohd. Saad, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrel Fikri Md. Fauzi, Nazirul Naim Che Hashim dan Firdaus Saiyadi.

Pengurus pasukan Perak itu mengakui, beliau sudah berjumpa dengan penyerang, Shahrel Fikri bagi membincangkan masa depan penja­ring 10 gol The Bos Gaurus pada saingan Liga Super 2020 itu.

“Kami sudah berjumpa untuk berbincang. Kini terpulang kepada Shahrel membuat keputusan. Perak tidak akan menghalang jika dia ingin berpindah. Ini era profesional. Tiada halangan.

“Tidak ada ertinya kita menahan sekiranya hatinya sudah tidak seronok tinggal di Perak,” kata Adly semalam.

Angin bertiup kencang me­ngatakan bahawa Shahrel yang bakal tamat kontrak pada peng­hujung bulan ini dikaitkan
dengan perpindahan ke Selangor.

Bagi Adly Shah, segala usaha dilakukan untuk mengekalkan khidmat Shahrel tetapi se­galanya terpulang kepada pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor.

Perak yang menamatkan saingan liga di tangga keempat selepas mengumpul 18 mata hasil lima kemenangan, tiga keputusan seri dan tiga kekalahan pastinya mahu tampil de­ngan lebih garang pada musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI