fbpx

Maut tersepit mesin gulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang pekerja kilang warga Nepal maut selepas kepalanya tersepit pada mesin gulung (roller) di sebuah kilang plastik di Senawang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.25 pagi daripada seorang pekerja wanita tempatan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, seorang lelaki warga Nepal berusia 31 tahun yang merupakan pekerja kilang tersepit pada mesin roller.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Said berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahi punca kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI