fbpx

Maut lepas keluar minum bersama rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Kluang malam tadi.

KLUANG – Seorang pemandu Perodua Myvi maut manakala rakannya cedera ringan di kepala selepas kereta dinaiki mereka terbabas di kilometer 85.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hairul Hilman Rizal, 22, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini, manakala penumpangnya pula dikenali sebagai Muhammad Radhi Rozali, 21.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kemalangan tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah dan hasil siasatan awal mendapati kawasan kemalangan adalah jalan selekoh dan permukaan jalan basah.

“Kemalangan berlaku apabila kenderaan dari arah Kota Tinggi menghala Ke Kluang telah hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

“Hari ini pada 8.20 pagi polis menerima maklumat daripada waris mengatakan pemandu Perodua Myvi telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kenderaan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Sri Lalang untuk pemeriksaan.

Sementara itu, abang Muhammad Radhi dikenali sebagai Arif Amali Rozali , 25, berkata, dia mendapat panggilan mengenai kejadian daripada rakannya dan bergegas ke tempat kejadian dari Kampung Bentong.

“Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai minum di Taman Seri Impian dan ketika sampai di lokasi hujan renyai,” katanya.

Tambahnya, arwah rakan adiknya itu selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan tengahari tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI