fbpx

Masa untuk Sang-woo gunakan pelagak ngeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KWON SANG-WOO

BARU-baru ini, isteri kepada aktor Kwon Sang-woo iaitu Son Tae-young berkongsi keadaan terkini suaminya yang selesai menjalani pembedahan pada bahagian pergelangan kaki.

Menerusi Instagramnya, Tae-young memuat naik sekeping gambar Sang-woo terlantar di atas katil sambil menulis kapsyen bahawa aktor itu berada dalam keadaan baik.

“Terima kasih kerana prihatin, pembedahan berjalan lancar. Sudah lama dia mengalami kesakitan. Setiap kali penggambaran, dia sukar untuk melakukan aksi bahaya tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.

“Sayang, saya rasa inilah masanya untuk awak mula menerima bantuan orang lain terutama ketika untuk melakukan babak berbahaya,” tulisnya.
Tae-young berharap suaminya segera sembuh supaya dapat melakonkan watak yang diidamkannya sejak sekian lama.

Gambar yang dikongsi Tae-young memaparkan Sang-woo sedang memegang skrip untuk drama Delayed Justice.

Keadaan itu secara tidak langsung menunjukkan dia sudah bersedia untuk kembali menjalani penggambaran usai kesihatannya benar-benar pulih kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI