fbpx

Kes meningkat, rakyat mohon laksana PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Lembah Klang terutamanya yang tinggal di kawasan tinggi kadar jangkitan Covid-19 berharap kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti di awal pengena­lannya Mac lalu bagi memben­dung wabak tersebut.

Tinjauan Kosmo! di kawasan kluster-kluster aktif seperti Kluster Tapak Bina Damanlela, Kuala Lumpur serta di Titiwangsa, Kepong dan Cheras mendapati, aktiviti penduduk termasuk perniagaan masih berjalan seperti biasa.

Seorang kerani, Siti Salmah Abu, 26, berkata, hanya PKP mampu mengekang penularan wabak tersebut dan ia terbukti berkesan apabila kes berjaya dikawal sehingga hanya mencatatkan satu angka pada Mei lalu.

“Kita dapat lihat PKP Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan ketika ini tidak mampu mengekang penularan Covid-19. Jika tidak dapat laksanakan PKP, PKP Diperketatkan (PKPD) perlu dikuatkuasakan.

“Sebagai penduduk yang tinggal di kawasan Lembah Pantai sudah tentu berasa takut dengan situasi semasa,” katanya di sini semalam.

Lembah Klang merekodkan pe­ningkatan 661 kes baharu atau 54.7 peratus sekali gus mengatasi Sabah yang mencatatkan 381 kes atau 31.5 peratus da­ripada ke­seluruhan 1,208 kes kelmarin.

Sementara itu, pekerja sektor perbankan, Nur Hanisah Hasan, 26, berkata, kerajaan perlu memastikan petugas kesihatan me­lakukan saringan le­bih agresif di kawasan padat penduduk.

“Kita faham bukan mudah berhadapan dengan PKP semula namun dengan keadaan sekarang, tidak pasti adakah jangkitan ini akan menurun atau kekal meningkat setiap hari,” katanya.

Bagaimanapun, seorang penjaja, Aman Shah Mohammad, 40, berkata, dia tidak bersetuju de­ngan pelaksanaan PKPD atau PKP kerana akan menjejaskan golongan sepertinya.

“Cukuplah dengan PKPB yang dilaksanakan, saya berharap kerajaan dapat meningkatkan pemantauan dan kawalan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI),” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI