fbpx

Kes kekal empat digit, lima kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
1,210 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,210 kes baharu dilaporkan hari ini sekali gus masih kekal empat digit, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 49,730 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama terdapat lima kematian Covid-19 direkodkan menjadikan sebanyak 318 kes kematian Covid-19 sehingga kini.

“Kes kematian ini dilaporkan iaitu satu di Perak dan empat lagi di Sabah melibatkan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 80 tahun.

“Selain itu, sebanyak 1,018 kes sembuh dicatatkan dan jumlah keseluruhan terkini bagi kes pulih Covid-19 sebanyak 36,624 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 19 kes import hari ini termasuk lima daripadanya warga Malaysia dan mereka tiba dari Nepal, Qatar, India, Filipina, Nigeria, Amerika Syarikat, Turki, Russia, Tunisia, Romania dan Myanmar.

Ujarnya, terdapat 105 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 40 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI