fbpx

Johnson ungguli Kejuaraan Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHNSON merangkul gelaran major keduanya selepas muncul juara di Kejuaraan Masters dengan melakukan catatan pukulan paling rendah dalam sejarah kejohanan. – AFP

AMERIKA SYARIKAT – Pemain ranking No.1 dunia, Dustin Johnson melakar sejarah apabila merangkul Kejuaraan Masters dengan mencipta rekod baharu kejohanan di lapangan Kelab Golf Augusta National, Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam.

Pemain AS berusia 36 tahun itu meraih gelaran major keduanya selepas cemerlang menamatkan saingan dengan catatan 20 di bawah par 268 dengan lima pukulan mengatasi pemain Korea Selatan, Im Sung-jae dan Cameron Smith dari Australia yang berkongsi kedudukan ke­dua.

Hasil kemenangan tersebut, Johnson menjadi pemain pertama mencatatkan pukulan paling rendah pada kejohanan itu yang sebelum ini dipegang oleh Jordan Spieth pada 2015 dengan 18 di bawah par.

Selain itu, Johnson juga menjadi pemain nombor satu dunia yang meraih jaket hijau dalam tempoh 18 tahun sejak Tiger Woods melakukannya pada tahun 2002.

“Saya akui sangat gugup sepanjang perlawanan dan saya dapat merasakannya.

“Bagi saya Masters merupakan kejohanan terbesar dan saya mahu meraih kemenangan di sini.

“Saya sangat bangga de­ngan cara saya mengendalikan tekanan dan akhirnya muncul juara di sini meskipun tidak bermain dengan baik pada hari terakhir.

“Sejujurnya saya rasa seperti mimpi kerana berjaya melakukannya dan meraih jaket hijau.

“Kini impian saya menjadi kenya­taan dan saya sangat gembira dengan pencapaian terbaik ini,” katanya.

Pemain di ranking ketiga dari Amerika, Justin Thomas berada di kedudukan keempat dengan 276, mendahului satu pukulan daripada pemain ranking kelima, Rory McIlroy dan Dylan Frittelli dari Afrika Selatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI