fbpx

Jenazah Baharom dikebumikan selepas Zuhur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah bekas Pengarang Kosmo! selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Gombak.

KUALA LUMPUR- Jenazah Allahyarham Datuk Baharom Mahusin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Terdahulu, jenazah bekas Pengarang Kosmo! itu tiba di Masjid Bilal Bin Rabbah Taman Koperasi Polis kira-kira pukul 10.15 pagi tadi untuk dimandikan dan dikafankan selepas dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Turut hadir memberi penghormatan terakhir antaranya Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ibu Allahyarham, Safiah Dollah.

Hadir sama, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia Tan Sri Johan Jaaffar dan Datuk Seri Aziz Ishak serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, Datuk Dr. Chamil Wariya.

Menurut isteri kepada Allahyarham, Datin Noor Fuzana Yaakub, suaminya merupakan seseorang yang bersemangat dan berdedikasi terhadap kerjaya kewartawanan.

“Ketika Johan Jaafar memberikan artikel kepadanya, walaupun dalam keadaan menggeletar, dia tetap menghantar kepada pengarang.

“Dia masih mengingati Johan Jaafar punya tarikh akhir penghantaran artikel meskipun ketika menerima rawatan,” katanya kepada Kosmo! tadi.

Baharom, 54 tahun, yang bertugas sebagai Ketua Pengarang Sinar Harian menghembuskan nafas terakhirnya di PPUM kira-kira 7.20 pagi tadi selepas menerima rawatan di pusat perubatan itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI