fbpx

Dua suspek utama cetuskan provokasi dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Dua lelaki yang sebelum ini diburu berhubung kejadian membuat provokasi terhadap anggota kereta peronda polis (MPV) dengan membakar mercun pada 13 November lalu di Taman Serdang Jaya di sini akhirnya berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, suspek yang berusia 38 tahun dan 27 tahun itu berjaya ditahan hasil maklumat serta risikan yang dilakukan sebelum tangkapan dibuat kira-kira pukul 10 malam semalam.

“Kedua-dua suspek ditahan di Jalan Bandar Kinrara 5, Bandar Kinrara dan kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,”katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan tentang penahanan lapan lelaki yang dipercayai ahli kongsi gelap selepas mereka bertindak melakukan provokasi terhadap anggota MPV dengan membakar mercun.

Kumpulan tersebut yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dikatakan sengaja membakar mercun papan berdekatan MPV serta mengejek anggota yang terperangkap dalam kepungan itu selama 30 minit.

Kesemua lapan suspek kemudiannya ditahan kelmarin bagi membantu siasatan namun dua suspek utama berjaya melarikan diri sebelum berjaya dijejaki semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI