fbpx

Dua pekerja, seorang pelanggan kedai nasi kandar positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Sebuah restoran nasi kandar di Jalan Kampung Benggali, Butterworth di sini ditutup selepas dua pekerjanya dilaporkan positif Covid-19 semalam.

Pengurusan Jamal Mohamed Nasi Kandar dalam satu kenyataan berkata, daripada hasil maklumat oleh Kementerian Kesihatan (KKM), seorang pelanggan yang disahkan positif Covid-19 telah datang ke restoran itu 4 November lalu.

“Semalam, dua daripada tujuh pekerja yang menjalani saringan dan kuarantin pada 13 November lalu telah disahkan positif oleh KKM dipercayai dijangkiti oleh pelanggan itu.

“Lanjutan perkara itu, premis kami ditutup sementara waktu bagi saringan kontak rapat dan nyahkuman sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata kenyataan itu di laman Facebook, Nasi Kandar Jamal Mohamed Official Site semalam.

Kenyataan itu berkata, penutupan tersebut hanya melibatkan cawangan di Butterworth dan tidak melibatkan cawangan lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI