fbpx

Dominasi Itali lemaskan Poland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI mempamerkan aksi yang sempurna sehingga berjaya menyekat Poland untuk meraih kemenangan 2-0 awal pagi semalam. – AFP

REGGIO EMILIA, Itali – Penolong pengurus Itali, Alberico Evani nyata gembira menyaksikan pasukan itu berjaya menewaskan Poland 2-0 awal pagi semalam sekali gus mereka kini selangkah lagi untuk mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah.

Evani memikul tanggungjawab dengan baik pada aksi di Stadium Mapei itu menggantikan tempat pengurus Itali, Roberto Mancini yang terpaksa menjalani kua­rantin kendiri di kediamannya selepas positif wabak Covid-19.

Pengendali berusia 57 tahun itu masih berjaya menghadiahkan tiga mata bermakna buat The Azzurri menerusi dua gol daripada Jorginho dan Domenico Berardi selepas mereka turut kehilangan khidmat 21 pemain kerana masalah kecederaan dan Covid-19.

“Segala kesulitan tidak menjejaskan kami yang tetap bermain dengan falsafah bola sepak menyerang diterapkan oleh Roberto (Mancini) sejak dua tahun lalu. Bagi saya, ini adalah hadiah pa­ling berharga buat kami,” kata Evani.

Kemenangan itu menyaksikan Itali kini mendahului carta Kumpulan A1 dengan satu mata me­ngatasi pencabar terdekat di tempat kedua, Belanda yang berjaya meraih kemenangan 3-1 ke atas Bosnia-Herzegovina dalam satu lagi aksi awal pagi semalam.

The Azzurri akan mengesahkan slot ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A1 jika berjaya menewaskan Bosnia dalam aksi terakhir saingan peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Grbavica, Sarajevo pada Khamis ini.

Kemenangan Itali akan mera­napkan impian pemenang melibatkan perlawanan terakhir Kumpulan A1 antara Belanda dan Poland, namun mereka masih mempunyai peluang seandainya Itali dikejutkan dengan kekalahan ke atas Bosnia pada perlawanan itu nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI