fbpx

Denai Sungai Pengkalan Datu ditutup elak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri Awang menunjukkan papan tanda penutupan sementara Denai Sungai Pangkalan Datu bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di kawasan itu.

KOTA BHARU – Jambatan kayu sepanjang 820 meter yang dikenali sebagai Denai Sungai Pangkalan Datu dekat Kubang Kerian di sini yang menjadi tumpuan pelancong ditutup sementara waktu bagi mengelak risiko penyebaran Covid-19.

Arahan penutupannya dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan berkuat kuasa hari ini sehingga 6 Januari depan.

Tinjauan Kosmo! di lokasi itu mendapati ramai pengunjung yang tidak mengetahui tentang penutupan jambatan itu dan terpaksa pulang dengan perasan hampa.

Bagaimanapun, mereka menyifatkan penutupan jambatan yang dibina dengan batang pokok nibong tersebut adalah wajar demi keselamatan semua pihak.

Penghulu Mukim Kampung Pulau Tengah, Zamri Awang Ahmad berkata, arahan JPS dikeluarkan kerana jambatan itu sering sesak dengan pengunjung yang ingin beriadah dan bergambar sehingga mengabaikan penjarakan fizikal.

“Selepas jambatan dibuka pada orang awam bermula 31 Oktober lalu, jumlah pengunjung mencecah lebih 1,000 orang pada hujung minggu dan sekitar 500 orang pada hari biasa.

“Sejak itu, saya dan beberapa penduduk kampung kerap meninjau dengan menaiki bot menyusuri sungai sambil mengingatkan pengunjung supaya menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka,” katanya.

Menurut Zamri, setakat ini, lima papan tanda pemberitahuan mengenai penutupan Denai Sungai Pengkalan Datu dipasang di sepanjang laluan menuju ke kawasan tersebut.

Dalam masa sama, pihaknya juga akan memantau kawasan itu setiap hari bagi memastikan arahan JPS dipatuhi orang awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI