fbpx

Belgium lebih unggul ke saingan final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIELEMANS meledak gol pembukaan Belgium ketika mereka membenam cabaran England 2-0 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

BRUSSELS – Belgium membuktikan status mereka sebagai pasukan No. 1 dunia selepas menewaskan England 2-0 untuk mara ke saingan final Liga Negara-Negara Eropah dalam aksi di Stadium King Power, Brussels awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Red Devils berjaya meraih gol hasil jaringan jarak jauh yang dilakukan oleh pemain te­ngah, Youri Tielemans dan sepakan percuma penyerang sensasi, Dries Mertens.

Ketua jurulatih Belgium, Ro­berto Martinez berkata, pasukannya layak untuk meraih kemenangan tetapi memuji aksi yang dipamerkan oleh skuad The Three Lions yang memberikan tentangan cukup sengit sepanjang perlawanan.

‘Ia adalah aksi yang cukup berkualiti tinggi daripada kedua-dua pasukan dan saya tidak begitu terkejut kerana kami telah menentang England empat kali sejak Piala Dunia 2018.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati apabila kami berjaya meraih kemenangan dan saya percaya dua gol awal yang dijaringkan telah memudahkan pasukan untuk menguasai perlawanan hingga wisel penamat,” kata Martinez.

Sementara itu, Mertens turut teruja selepas rakan-rakan sepasukan mempamerkan aksi bertenaga untuk melayakkan diri ke pentas final Liga Negara-Negara Eropah tetapi momentum harus dikekalkan untuk aksi menentang Denmark pada awal pagi Khamis nanti.

“Ia adalah kemenangan yang cukup dramatik kerana bukan mudah untuk menang ke atas England yang memiliki barisan pemain yang sempurna dan berkelas dunia. Namun, secara jujur kami berhak menang dan saya harap momentum yang sama dapat dikekalkan pada aksi seterusnya selepas ini menentang Denmark,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI