fbpx

APMM Perak cadang buka pangkalan baru di selatan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrizan menunjukkan empat lokasi panas di barat laut Pulau Jarak dekat Lumut yang sering diceroboh nelayan Indonesia untuk menangkap ikan.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merancang membuka satu lagi pangkalan di selatan Perak bagi memperkukuh lagi operasi penguatkuasaan di perairan negeri ini.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman, berkata ketika ini pihaknya hanya ada dua pangkalan operasi iaitu di pejabat APMM negeri di sini serta pangkalan di Kuala Kurau untuk kawasan utara Perak.

“Oleh itu, sebarang operasi pemantauan dan penguatkuasaan di perairan selatan negeri ini terpaksa dilakukan dari Lumut.

“Jadi, apabila pangkalan baharu itu diwujudkan nanti, maka kami dapat memperkuatkan lagi penguatkuasaan untuk kawasan perairan utara, tengah dan selatan Perak,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Difahamkan, sebelum ini kawasan selatan Perak terutama Hutan Melintang dan Bagan Datuk antara lokasi sasaran kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia.

Shahrizan berkata, ketika ini pihaknya melakukan rondaan secara berkala di perairan selatan negeri ini selain menghantar anggota melakukan pemantauan di daratan.

Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu, tiada pergerakan kemasukan PATI dikesan di selatan Perak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI