fbpx

30 peratus penagih dadah mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kiri) merasmikan papan tanda kempen Pencegahan Dadah di Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan sebanyak 30 peratus penagih dadah dikesan terlibat dengan jenayah harta benda termasuk kegiatan mencuri.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, jenayah itu dilakukan disebabkan kekurangan wang untuk membeli bahan terlarang demi melepaskan gian.

“Saya tidak menolak kemungkinan pada mulanya penagih ini mempunyai sumber kewangan tertentu sebagai contoh pemberian keluarga atau hasil bekerja.

“Bagaimanapun, apabila tiba-tiba dia diberhentikan kerja atau keluarga sudah tidak sanggup selepas mendapat tahu mereka ambil dadah, jadi sebab itu mereka terlibat dengan jenayah mencuri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Papan Tanda Kempen Pencegahan Dadah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau Masjid Beijing di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, Timbalannya Senior Asisten Komisoner Abdullah Mohamad Piah dan Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, langkah awal dan kerjasama seluruh komuniti amat diperlukan bagi membanteras dadah secara habis-habisan.

“Penguatkuasaan, mencegah dan merawat pulih perlu bergerak secara bersama, barulah masalah dadah ini dapat kita selesaikan secara konkrit,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI