fbpx

10 remaja berparti dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepuluh remaja didapati berparti dalam sebuah bilik hotel di Butterworth awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Sepuluh remaja termasuk empat perempuan ditahan selepas didapati berparti di dalam sebuah bilik sebuah hotel di Butterworth di sini awal pagi tadi.

Mereka yang berusia 15 hingga 23 tahun itu dikesan bertindak demikian ketika polis melakukan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kira-kira pukul 1.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua mereka didapati melanggar arahan Majlis Keselamatan Negara ketika pemeriksaan Op Covid-19 di tingkat lapan hotel itu.

“Kita mendapati terdapat 10 orang iaitu enam lelaki dan empat perempuan sedang berhibur di dalam bilik hotel tersebut.

“Lima daripada mereka turut didapati positif dadah hasil ujian air kencing, manakala dua dua remaja perempuan berusia 15 tahun bersama tiga yang lain negatif,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka masing-masing dikompaun RM1,000 selepas didapati melanggar SOP PKPB, manakala lima dibawa balik ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di Kepala Batas di sini bagi siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI