fbpx

Werner masih selesa beraksi di Leipzig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER (kanan) meledak dua gol untuk Jerman meraih penuh menewaskan Ukraine 3-1 pada aksi di Stadium Red Bull Arena awal pagi semalam. – AFP

LEIPZIG – Penyerang Jerman, Timo Werner menampilkan aksi memberangsangkan apabila meledak dua gol ketika membantu pasukan itu menang 3-1 ke atas Ukraine pada Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Red Bull Arena awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Ukraine terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Roman Yaremchuk sebelum Jerman bangkit menerusi dua gol Werner dan satu jaringan Leroy Sane.

Kata Werner, dia sangat gembira dapat membantu pa­sukannya melakar kemena­ngan selain dapat kembali beraksi di stadium pasukan lamanya, RB Leipzig.

“Saya sangat gembira untuk kembali ke stadium ini dan menjaringkan dua gol. Saya ada banyak kenangan di stadium ini tetapi sedikit kecewa kerana beraksi tanpa penyokong.

“Secara keseluruhan, kami sudah menampilkan aksi yang cukup baik. Semua pemain sudah semakin hampir ke prestasi terbaik, terutamanya pada bahagian pertahanan,” ujar Werner yang juga penyerang Chelsea.

Sementara itu, jurulatih Jerman, Joachim Low mengakui lega dengan kemenangan tersebut memandangkan beliau tahu Ukraine mampu melakar kejutan.

“Sebenarnya ia bukan perlawanan mudah kerana semua orang tahu prestasi Ukraine. Pada separuh masa pertama, kami bermain dengan tempo tinggi dan saya sangat berpuas hati,” kata Low. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI