PENYANYI Jang Woohyuk mengakui mempunyai cara tersendiri untuk menghargai setiap hadiah daripada peminat, walaupun sekeping surat.
Dedah Woohyuk, sehingga ke hari ini dia masih menyimpan surat-surat pemberian peminat sejak awal kemunculannya sebagai penyanyi sekitar era 1990-an.
“Saya tidak pernah buang surat peminat sejak melancarkan debut. Surat-surat disimpan berasingan mengikut tahun. Sekurang-kurangnya saya sudah ada 10 buah kotak surat,” dedahnya ketika muncul dalam program radio 2 P.M Date With Muzi and Ahn Youngmi.
Penyanyi itu juga mengakui mempunyai gudang khas untuk menyimpan barangan istimewa miliknya.
“Saya masih simpan baju yang dipakai ketika bersama kumpulan H.O.T.
“Seronok juga jika dapat membaca surat-surat tulisan peminat. Rasa sangat nostalgik,” katanya.