fbpx

Sindiket penipuan SMS: Seorang pegawai syarikat telekomunikasi direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bekas pegawai syarikat telekomunikasi dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung kes rasuah sindiket penipuan SMS.

PUTRAJAYA – Seorang lagi bekas pegawai syarikat telekomunikasi direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Perintah reman sehingga 19 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sehingga kini, seramai 13 individu telah ditahan bagi membantu siasatan termasuk enam individu yang disambung reman semalam.

Menurut sumber, suspek berumur 45 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 10.30 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Katanya, individu tersebut merupakan bekas pegawai syarikat telekomunikasi dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.

“Nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan penyedia kandungan menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI