fbpx

Sembilan motosikal terbiar disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa MBSA sedang menyita sembilan motosikal terbiar di Jalan Plumbum V7/V, Seksyen 7 di sini hari ini.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyita sembilan motosikal yang dibiarkan terbiar di lorong belakang Jalan Plumbum V7/V, Seksyen 7, hari ini.

Operasi pukul 10 pagi dilakukan mengikut Seksyen 46 (1) (e) Undang-Undang Kecil Taman (MBSA) 2005

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, kerja-kerja menunda bagi menghapuskan lokasi pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan penularan penyakit denggi.

“Ini juga merupakan komitmen MBSA untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan mengganggu lalu lintas.

“Langkah itu seterusnya memastikan bandar raya ini kekal bersih dan tidak mencacatkan pemandangan sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, MBSA turut mengenakan caj bayaran berdasarkan jenis kenderaan kepada pemilik kenderaan terbiar yang tidak dialihkan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membiarkan kenderaan terbiar di bahu-bahu jalan mahupun rumah dan tempat letak kenderaan.

“Tindakan akan diambil oleh anggota penguatkuasa MBSA dengan mengeluarkan kompaun atau menunda kenderaan terbiar itu,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI