fbpx

Quartararo akui silap pilih jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO menganggap pemilihan jentera spesifikasi pengeluar merugikan dirinya apabila terlepas peluang menjulang gelaran dunia. - AFP

VALENCIA – Pelumba berbakat Perancis, Fabio Quartararo menganggap pemilihannya menggunakan jentera pengeluar Yamaha 2020 sebagai satu kesilapan besar selepas dia gagal menjulang gelaran dunia MotoGP musim ini.

Pada musim lalu, Quartararo tampil cemerlang bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) apabila berjaya meraih tujuh podium dengan menggunakan jentera satelit 2019.

Tahun ini, Quartararo menggunakan jentera spesifikasi pengeluar YZR-M1 2020,  namun dia gagal untuk mendapatkan rentak terbaik bersama jentera itu terutama dari segi daya pecutan sekali gus sekadar mampu meraih tiga kemenangan sahaja .

Hasil keputusan itu, pelumba berusia 21 tahun itu sekadar meraih dua kemenangan dan rakan sepasukannya, Franco Morbidelli kini meraih tiga kemenangan meskipun menggunakan jentera spesifikasi A.

“Saya tidak begitu gembira dengan keputusan yang kami peroleh musim ini. Jentera spesifikasi pengeluar yang kami gunakan pada tahun ini tidak berapa menjadi.

“Kejayaan meraih tujuh podium musim lalu memberi keyakinan kepada saya untuk menandatangi kontrak untuk menggunakan jentera pasukan pengeluar Yamaha tetapi sayangnya ia bukan pilihan yang tepat untuk digunakan musim ini.

“Bagi saya terdapat perbezaan ketara antara jentera 2020 dan 2019. Sudah pasti Morbidelli menunjukkan peningkatan kerana tahun lalu dia sekadar berada podium dan musim ini dia meraih kemenangan. 

“Walaupun saya memenangi tiga perlumbaan, ia tidak menggembirakan saya kerana saya perlukan jentera yang konsisten untuk memastikan kami dapat berjuang meraih kemenangan.

“Bagi saya ia sungguh mengecewakan, saya tidak mengatakan Yamaha tetapi apa yang boleh saya katakan jentera 2019 lebih baik berbanding musim ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI