fbpx

Pesakit Covid-19 lari dari wad ditemui di Bayan Lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pesakit Covid-19 yang dilaporkan melarikan diri dari wad HPP ditemui orang awam di pekan Bayan Lepas di sini malam tadi

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Orang ramai kecoh dengan penemuan seorang pesakit Covid-19 yang sebelum itu bertindak melarikan diri dari wad Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 3.20 petang semalam.

Pemuda berusia 23 itu ditemui pengguna jalan raya di kaki lima deretan rumah kedai di pekan Bayan Lepas pada pukul 9 malam, selepas enam jam laporan kehilangannya dihebahkan menerusi media sosial WhatsApp.

Orang awam tersebut kemudiannya dikatakan menghubungi pasukan polis bagi memaklumkan penemuan lelaki yang wajahnya tular sejak petang itu.

Di lokasi kejadian, lelaki yang memakai baju-t tanpa kolar, seluar pendek berwarna putih serta berpelitup muka itu dilihat hanya duduk dan bersandar pada tiang di pekarangan luar sebuah kedai tanpa mempedulikan kelibat orang awam, petugas kesihatan dan anggota polis yang berada di situ.

Sumber berkata, dia kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulan selepas pengesahan mengenai identiti pesakit diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian dan memberitahu pesakit terbabit telahpun diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri.

Terdahulu, lelaki yang beralamat di Kepala Batas, Seberang Perai Utara itu dilaporkan melarikan diri dari HPP dengan meninggalkan gelang merah jambu di atas katil wad. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI