fbpx

KPDNHEP Johor rekod 28 kesalahan sepanjang perayaan Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Chong Fat Full (dua kanan) menyertai operasi kawalan harga dijalankan KPDNHEP di pasar raya Maslee, Taman Molek, hari ini.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri telah menjalankan 1,413 operasi pemeriksaan barangan di peringkat peruncitan dan pemborong.

Pengarahnya, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, pemeriksaan itu dijalankan pihaknya bermula 9 November hingga hari ini di seluruh Johor.

Katanya, ia melibatkan sebanyak 1,342 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 71 pemeriksaan di peringkat pemborong.

“Sebanyak 28 kes telah direkodkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dengan jumlah kompaun dikeluarkan berjumlah RM3,350.

“25 kes melibatkan kesalahan gagal mematuhi Perintah Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan Dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 kerana tidak meletakkan tanda harga.

“Manakala 3 kes melibatkan kesalahan gagal mematuhi Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu menjual melebihi harga kawalan ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan melibatkan tidak memaparkan tanda harga dan menjual melebihi harga ditetapkan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan pihaknya telah mengadakan pemeriksaan di pasar raya Maslee, Taman Molek di sini hari ini sambil disertai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Chong Fat Full.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI