fbpx

Hotel Casuarina@Meru tawar pakej bekerja dari hotel serendah RM35

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hotel Casuarina@Meru di sini mengambil pendekatan kreatif dan inovatif menerusi pakej bekerja dari hotel untuk pelanggannya yang mahu mendapatkan suasana kerja yang lebih selesa serta kondusif.

Ahli Lembaga Pengarah Hotel Casuarina@Meru, Nor­haslinda Zakaria berkata, de­ngan bayaran serendah RM35 sehari, pelanggan boleh be­kerja di ­ruang hotel berkenaan mengikut tempoh masa yang ditentukan.

Menurutnya, pelanggan juga boleh melayari internet berkelajuan tinggi selain menikmati hidangan kopi tanpa had sepanjang hari serta makan tengah hari atau makan malam.

“Konsep bekerja dari hotel itu juga sesuai dengan trend semasa khususnya bagi ­menyokong ekonomi gig yang semakin berkembang terma­suklah di bandar raya Ipoh.

“Kedudukan strategik Hotel Casuarina@Meru di Bandar Meru Raya selain merupakan pintu masuk ke Ipoh melalui Lebuh Raya Utara-Selatan menjadikan ia sesuai dijadikan sebagai hub sehenti bagi semua peringkat usahawan,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.


Pengunjung juga tidak akan menghadapi kesukaran untuk mencari tempat letak kereta kerana kawasannya terletak bersebelahan hotel sahaja.

Norhaslinda berkata, selain pakej bekerja dari hotel, pe­langgan juga boleh memilih untuk bersantai bersama kenalan atau rakan niaga di ruang Coffee House sambil menikmati pelbagai hidangan yang disediakan.

Harga menu makanan yang berpatutan itu disediakan oleh cef-cef berpengalaman.

“Suasananya yang lebih selesa juga sesuai untuk dijadikan tempat pertemuan, membincangkan hal-hal perniagaan atau sekadar makan-makan mengikut prosedur operasi standard pencegahan Covid-19,” ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar Hotel Casuarina@Meru, Juani Jamalluddin memberitahu, pihaknya turut menawarkan pakej penginapan istimewa Flexistay pada harga cuma RM99 yang boleh ditempah sepanjang bulan ini.

Katanya, pakej penginapan di bilik bersaiz superior itu bermula pada bulan depan sehingga akhir Mac tahun hadapan.

“Pakej Flexistay ini memang berbaloi kerana pelanggan berpeluang menginap di bilik superior lengkap dengan segala kemudahan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI