fbpx

Ejen Bailly sudah makin hilang sabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAILLY dilaporkan sudah bosan memanaskan bangku simpanan dan mahu diberi lebih banyak peluang untuk beraksi. – AFP

MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United diberi amaran oleh ejen Eric Bailly bahawa pemain itu mungkin akan memikirkan mengenai masa depannya bersama pasukan itu jika situasi semasa tidak berubah.

Pemain pertahanan itu tidak menjadi pilihan utama pengurus, Ole Gunnar Solskjaer apabila hanya diturunkan dalam empat perlawanan musim ini.

Solskjaer lebih gemar menggandingkan Harry Maguire dan Victor Lindelof di bahagian pertahanan tengah menyebabkan ejen pemain berusia 26 tahun itu, Promoesport berasa kurang senang.

“Pengalaman kami bersama United tidak sama. Ia bergantung kepada nasib, siapa yang anda berurusan dan peluang yang anda ada.

“Jika Bailly mendapat lebih peluang, dia mampu menjadi pemain yang baik dan membantu menyelesaikan masalah dalam pasukan.

“Bagaimanapun, jika semua perkara ini tidak berubah, kami fikir adalah sangat sesuai untuk memikirkan semula mengenai ma­sa depan Bailly bersama pasukan itu. Ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara yang tidak pasti seperti ini,” kata pengurus Promoesport, Graziano Battistini.

Siri kecederaan sedikit merencatkan perjalanan karier Bailly dalam beberapa aksi lalu dan United menjangkakan dia mampu cergas selepas cuti rehat perlawanan antarabangsa.

Musim panas lalu menyaksikan United memberikan tawaran kepada AC Milan untuk mendapatkan Bailly tetapi ke­lab Serie A itu dilaporkan tidak berminat.

United kini berdepan krisis di bahagian pertahanan apabila gandingan Maguire dan Lindelof dilihat tidak mampu untuk membantu pa­sukan itu memburu kejayaan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI