fbpx

Dua pekerja pembersihan maut langgar lori tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pekerja pembersihan yang maut dalam selepas lori sampah dinaiki melanggar lori tanah di Jalan Meru Tambahan, Klang tengah hari tadi

KLANG – Dua pekerja pembersihan maut tercampak selepas lori sampah dinaiki mereka melanggar sebuah lori muatan tanah dalam kejadian di Jalan Meru Tambahan di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa adalah lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berusia 30 dan 41 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati sebelum kemalangan lori sampah dinaiki empat individu termasuk seorang pemandu dalam perjalanan ke Jalan Meru Tambahan dari
Jalan Bukit Cerakah.

Katanya, sebuah lagi lori yang membawa muatan tanah dipandu dari arah Puncak Alam menuju ke Pekan Meru.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori sampah yang ingin memasuki susur ke kiri selepas simpang lampu isyarat telah melanggar lori tanah berkenaan.

“Impak pelanggaran itu mengakibatkan dua mangsa termasuk warga Bangladesh telah tercampak dari lori sampah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Nurulhuda menjelaskan, kedua-dua mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Ujar beliau, tiga lagi mangsa termasuk kedua-dua pemandu lori tersebut berusia 38 hingga 47 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenali pasti punca kejadian dan orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 0134146144.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI