fbpx

Dovizioso tolak tawaran Aprilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVI menerima tawaran daripada Aprilia tetapi menolaknya biarpun kontraknya bersama Ducati berakhir hujung musim ini. - AFP

VALENCIA – Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso mengakui perpindahan ke pasukan Aprilia bukan jalan penyelesaian bagi­nya untuk meneruskan perjalanan dalam perlumbaan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Dua baki pusingan perlumbaan musim ini akan menjadi pertarungan ter­akhir pelumba Itali itu selepas kontraknya akan tamat bersama Ducati pada penghujung musim ini.

Dovizioso dikatakan te­lah menolak tawaran untuk menyertai pasukan Aprilia bagi mengambil alih tempat Andrea Iannone yang digantung selama empat tahun oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kerana disahkan positif dadah jenis ste­roid.

“Saya tidak fikir pada masa ini ia merupakan pilihan tepat buat saya untuk menyertai pasukan Aprilia. Saya gembira Aprilia berminat untuk mendapatkan khidmat saya tetapi bagi saya bukan masanya lagi.

“Saya akui Aprilia melakukan kerja yang hebat dalam saingan MotoGP. Kita akui meskipun Aprilia tidak mempunyai bajet yang besar seperti Honda, Yamaha mahupun Ducati tetapi mereka melakukan tugas dengan cukup baik.

“Tahap perlumbaan MotoGP sangat tinggi dan sukar. Saya te­lah berdepan masalah ini sewaktu baru menyertai Ducati. Aprilia melakukannya dengan sangat baik tetapi ketika ini Aprilia bukan dalam perancangan saya,” kata Dovizioso.

Dovizioso dikatakan enggan mengambil risiko dalam karier­nya dengan menyertai Aprilia selepas bimbang pasukan itu tidak berupaya untuk memberi tentangan hebat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI