fbpx

Daren ketandusan saingan kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAREN mengakui bimbang dengan kekurangan aksi kompetitif dan berharap BAM boleh menganjurkan lebih banyak kejohanan dalaman ketika ini.

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren akan memantau situasi semasa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menyertai Sirkit Asia di Bangkok, Thailand pada Januari depan.

Katanya, berdasarkan ranking semasa Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Daren tidak layak menyertai Sirkit Asia yang bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu.

Bagaimanapun, dia sentiasa bersedia untuk menyertai kejohanan tersebut sebagai pemain gantian sekiranya ada pemain-pemain yang menarik diri daripada sirkit berkenaan.

“Jika mengikut ranking semasa, saya tidak layak menyertai Sirkit Asia yang mengandungi tiga kejohanan itu. Saya tetap berpeluang untuk sertainya jika ramai pemain tidak datang.

“Buat masa ini saya akan jalani latihan seperti biasa dan pastikan kecergasan berada pada tahap terbaik. Bagaimanapun, saya akan hantar nama terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada masa sama, pemain yang berada di ranking ke-41 dunia itu mengakui bimbang dengan kekurangan aksi kompetitif selain berharap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) boleh menganjurkan lebih banyak kejohanan dalaman.

“Kita semua berada dalam situasi tidak menentu ketika ini sehingga banyak kejohanan dibatalkan. Sudah tentu saya bimbang dengan permainan sendiri kerana sudah lama tidak bermain secara kompetitif.

“Saya tidak pasti permainan berada di tahap mana ketika ini. Memang bagus jika BAM boleh anjurkan kejohanan dalaman seperti sebelum ini kerana ia boleh memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI