fbpx

Blok apartmen terbakar, tujuh terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis dan bomba berada di lokasi kebakaran sebuah bangunan apartmen di Hong Kong pagi semalam. - AFP

HONG KONG – Tujuh orang terbunuh dan sebilangan lagi cedera dalam kebakaran di sebuah bangunan apartmen di Hong Kong semalam yang merupakan kebakaran paling buruk pernah melanda pusat kewangan itu dalam masa hampir satu dekad.

Perkhidmatan Maklumat Kerajaan menyatakan, 17 mangsa dibawa ke hospital setelah kebakaran berlaku di daerah Jordan sejurus selepas pukul 8.30 malam (waktu tempatan). Tujuh mangsa meninggal dunia sementara tujuh yang lain disenaraikan sebagai kritikal.

Gambar lintas langsung di televisyen menunjukkan anggota-anggota paramedik dan bomba berusaha melakukan tekanan dada terhadap mangsa-mangsa yang tidak sedarkan diri di luar sebuah blok apartmen.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, kebakaran itu adalah yang paling teruk sejak kebakaran 2011 mengorbankan sembilan orang.

Hong Kong mempunyai beberapa blok apartmen yang paling padat dengan penduduk dan tertinggi di dunia.

Kebakaran teruk kerap berlaku terutamanya di kawasan penduduk miskin.

Bagaimanapun , sejak beberapa dekad lalu , langkah-langkah keselamatan ditingkatkan dengan bencana kebakaran semakin berkurangan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI