fbpx

40 pegawai JIM, tiga ejen ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seramai 40 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tiga ejen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (JIM) dipercayai terlibat dalam kegiatan memalsukan cop keselamatan memasuki pintu sempadan negara.

Sumber berkata, 10 pegawai JIM ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Gelang Patah manakala kira-kira 30 yang lain ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

Manakala, tiga individu lain iaitu orang awam yang disyaki bertindak sebagai ejen atau orang tengah ditahan sekitar bandar raya ini.

Menurut sumber itu, kegiatan itu dipercayai melibatkan pasport warga asing yang dicop di sempadan tanpa pemilik dokumen itu keluar dari negara ini.

SPRM dijangka akan mendapatkan perintah reman terhadap semua individu terbabit esok di Johor Bahru dan Putrajaya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI