fbpx

Wanita maut, rakan cedera parah motosikal langgar lubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengawal lalu lintas di lokasi kejadian yang meragut nyawa pembonceng motosikal di Lebuhraya Pasir Gudang, di sini semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita maut, manakala rakan lelakinya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terlanggar lubang yang berada di lorong tengah jalan di Kilometer 34 Lebuh Raya Pasir Gudang di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mangsa berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di muka dan kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pukul 6.45 petang ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Johor Bahru menghala ke Pasir Gudang.

“Setibanya di tempat kejadian, penunggang motosikal jenis Honda RS telah terlanggar lubang yang berada di lorong tengah jalan menyebabkan hilang kawalan dan kedua-dua mereka tercampak di atas jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, lelaki berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut, bahu dan bahagian dada, manakala pembonceng motosikal yang mengalami kecederaan di muka dan kepala disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, ketika kemalangan itu juga, kedua-dua mangsa hampir dilanggar oleh sebuah kereta dari arah yang sama.

“Pemandu kereta jenis Proton Saga itu sempat mengelak daripada melanggar mangsa yang terbaring di atas jalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan. Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI