fbpx

Southgate rombak skuad England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALVERT-LEWIN dijangka bergandingan bersama Kane di bahagian serangan England selepas ketiadaan Rashford yang mengalami kecederaan.– AFP

LEUVEN – Pengurus England, Gareth Southgate dijangka me­lakukan rombakan terhadap ke­sebelasan utama menjelang aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Belgium di Stadium Den Dreef awal pagi esok.

Beberapa pemain utama se­perti Harry Kane, Raheem Sterling, Jordan Henderson, Declan Rice, Ben Chilwell dan Jordan Pickford mungkin diturun­kan pada aksi wajib menang itu.

Ketiadaan Marcus Rashford yang kecederaan bahu turut membuka ruang buat pemain-pemain lain seperti Dominic Calvert-Lewin untuk bergandingan dengan Kane di jentera serangan.

“Saya dan Kane belum pernah bermain bersama selama 90 minit. Bagaimanapun, saya pernah berganding dengannya selama 30 minit ketika bertemu Denmark.

“Kane seorang pemain yang hebat dan saya percaya kami boleh bekerjasama jika diturun­kan pada perlawanan menentang Belgium nanti,” kata Calvert-Lewin.

Sementara itu, Southgate berkata, beliau perlu melakukan penggiliran pemain bagi memastikan pemain-pemainnya dapat mengelak kecederaan gara-gara jadual padat.

“Kami berada dalam situasi yang merunsingkan kerana ramai pemain utama cedera, jadi saya perlu bijak melakukan pemilihan pemain bagi memastikan kebajikan pemain terjaga,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI