fbpx

Sindiket penipuan SMS: Enam kena sambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam individu yang disyaki terlibat kes rasuah sindiket penipuan SMS dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini bagi mendapatkan permohonan sambung reman. FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Enam individu yang ditahan reman sejak 11 dan 13 November lalu kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) disambung reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah sambung reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nur Aisyah Mohd. Yusof di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Antara enam individu tersebut, seramai empat individu disambung reman selama dua hari manakala dua lagi termasuk seorang wanita disambung reman sehari.

Menurut sumber, kesemua individu yang disambung reman berusia antara 39 hingga 49 tahun itu merupakan pengarah syarikat, pekerja syarikat swasta dan pegawai syarikat telekomunikasi.

Mereka dipercayai memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.

Sementara itu, seorang individu yang ditahan reman sebelum ini dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Difahamkan, dia perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, SPRM menahan reman seramai 12 individu secara berasingan dalam tempoh empat hari lepas bagi membantu siasatan kes terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI