fbpx

Ribut di Mambau, 45 kediaman terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 45 buah kediaman yang terjejas susulan kejadian ribut di Mambau, dekat sini, petang tadi.

SEREMBAN – Sebanyak 45 kediaman di Mambau terjejas susulan kejadian ribut di Mambau, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.00 petang itu, terdapat dua buah perkampungan yang teruk terjejas iaitu Kampung Batu 3 dan juga Kampung Kayu Ara.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Seremban, Mohd. Nizam Tajul Arus berkata, setakat malam ini, sebanyak 20 buah rumah di Kampung Kayu Ara mengalami kerosakan susulan ribut dan juga sebuah surau serta sebuah kedai.

“Manakala di Kampung Batu 3 pula sebanyak 25 buah rumah terjejas dalam kejadian ribut berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Difahamkan kejadian yang berlaku dalam tempoh 20 minit berkenaan menyebabkan banyak pokok tumbang di kawasan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI