fbpx

OdeJee tawar peluang kerja kepada penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Syarikat penghantar makanan halal pertama tempatan, OdeJee yang bakal memulakan operasinya bulan depan mempelawa orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada ahli ‘Keluarga OdeJee’.

Pengerusi OdeJee, Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata, pihaknya mempelawa orang ramai untuk menjadi penghantar makanan sama ada secara sepenuh masa atau sambilan.

“Penghantar makanan OdeJee bakal menerima pelbagai insentif menarik dan kebajikan mereka juga akan sentiasa dijaga dengan baik.

“Untuk menjadi penghantar makanan, pemohon perlu memiliki lesen memandu dan motosikal berserta cukai jalan dan insurans tidak tamat tempoh,” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Menurut Ismail, penghantar OdeJee akan diberi beg penghantaran makanan, dua helai baju berlengan panjang, tag nama serta barangan keperluan lain.

Tambah beliau, selain penghantar makanan, OdeJee mempelawa pengusaha restoran, kedai makan,  kenderaan saji (food truck)  serta pe­ngusaha makanan dan minuman untuk menjadi vendor.

Jelasnya, vendor juga akan diberi pelbagai insentif dan dibantu untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka.

“Semua vendor makanan dan minuman yang berdaftar di bawah OdeJee adalah berstatus halal, dimiliki serta diusahakan 100 peratus oleh umat Islam.

k“Dengan tagline Halal, Amal dan Berkat’ aplikasi OdeJee dijadualkan memulakan opera­sinya pada awal bulan depan di Johor Bahru dan di Pasir Gudang, Senai, Kulai sebelum ke seluruh negeri Johor,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI