fbpx

Monsun Timur Laut bantu air pasang besar lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ban di Pantai Kelanang, Kuala Langat yang pecah dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar.

KLANG – Peralihan Monsun Timur Laut yang bermula bulan ini dikhuatiri menyebabkan fenomena air pasang besar meningkatkan aras air laut lebih tinggi.

Ketua Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Zon Klang, Hussin Ab. Rahman berkata, ini dibantu taburan hujan yang dijadualkan pada 250 hingga 370 milimeter (mm) seperti dikeluarkan Jabatan Meterologi Malaysia.

Katanya, hujan yang dibantu tiupan angin monsun akan membantu air pasang naik lebih tinggi daripada aras biasa iaitu sekitar 5.6 hingga 5.8 meter.

“Seramai 300 anggota di seluruh JBPM Zon Klang telah diarahkan bersiap siaga menghadapi sebarang kecemasan seperti banjir atau ban pecah.

“Penduduk juga selalu dingatkan supaya bersedia untuk berpindah jika perkara tersebut berlaku,” katanya ketika meninjau air pasang besar di sekitar Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan di sini hari ini.

Sementara itu, fenomena air pasang yang berlaku pagi tadi mengakibatkan ban di Pantai Kelanang, Kuala Langat di sini pecah.

Penyelaras Tindakan Segera (Skuad Pantas) Majlis Perbandaran Kuala Langat, Miskon Karim berkata, paras air pagi tadi mencecah sehingga 5.5 meter.

“pecahan ban itu mengakibatkan limpahan di kawasan tapak perkhemahan, kawasan parkir, laluan masuk dan jalan raya di Pantai Kelanang.

“Limpahan turut dilaporkan di kawasan perumahan Taman Harmoni dan sekitar jalan raya Istana Bahagian Kancong Laut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI